Saturday 17 August 2019


Gejala Buli

DEFINISI BULI 


Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif  yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental atau emosi.

 JENIS-JENIS BULI 

Buli fizikal :
Adalah buli yang melibatkan memukul, menendang, mencuri, atau merosakkan harta benda orang lain, atau memaksa mangsa buli melakukan perkara-perkara  yang tidak di ingini. Mangsa mungkin akan diejek, diseksa, dan dipukul oleh rakan sekelas mereka. Buli fizikal hendaklah dihentikan dengan segera kerana kadang-kadang ia berakhir dalam keadaan tragis seperti kecederaan parah atau kematian.

Buli lisan (Percakapan) :

Adalah buli yang di lakukan dengan percakapan seperti mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angin (fitnah), mengancam, dan mengejek orang lain. Ini adalah jenis buli yang paling biasa berlaku.

 Buli berkaitan hubungan :

Adalah buli yang dilakukan dengan niat untuk membuat seseorang berasa terpinggir atau ditolak seperti tidak bercakap dengan seseorang atau menyindirkannya. Buli berkaitan hubungan adalah perkara biasa di kalangan belia, terutamanya kepada kanak-kanak perempuan. Tidak seperti buli fizikal yang jelas, buli berkaitan hubungan tidak berlaku terang-terangan dan boleh terus berlaku untuk jangka masa yang lama tanpa diketahui.

Bagaimana cara untuk mengelakkan buli 

  1. Elakkan menjadi penonton kegiatan buli
  2. Jangan ikut orang ramai
  3. Jangan ketawa semasa seseorang itu sedang di buli
  4. Jangan melibatkan diri dalam gossip
  5. Jangan gunakan internet untuk menyakiti seseorang


Gejala Buli DEFINISI BULI   Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif  yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, ...