Gejala Buli
DEFINISI BULI
JENIS-JENIS BULI
Buli fizikal :
Adalah buli yang melibatkan memukul, menendang, mencuri, atau merosakkan harta benda orang lain, atau memaksa mangsa buli melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini. Mangsa mungkin akan diejek, diseksa, dan dipukul oleh rakan sekelas mereka. Buli fizikal hendaklah dihentikan dengan segera kerana kadang-kadang ia berakhir dalam keadaan tragis seperti kecederaan parah atau kematian.
Buli lisan (Percakapan) :
Adalah buli yang di lakukan dengan percakapan seperti mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angin (fitnah), mengancam, dan mengejek orang lain. Ini adalah jenis buli yang paling biasa berlaku.
Buli berkaitan hubungan :
Adalah buli yang dilakukan dengan niat untuk membuat seseorang berasa terpinggir atau ditolak seperti tidak bercakap dengan seseorang atau menyindirkannya. Buli berkaitan hubungan adalah perkara biasa di kalangan belia, terutamanya kepada kanak-kanak perempuan. Tidak seperti buli fizikal yang jelas, buli berkaitan hubungan tidak berlaku terang-terangan dan boleh terus berlaku untuk jangka masa yang lama tanpa diketahui.
Bagaimana cara untuk mengelakkan buli
- Elakkan menjadi penonton kegiatan buli
- Jangan ikut orang ramai
- Jangan ketawa semasa seseorang itu sedang di buli
- Jangan melibatkan diri dalam gossip
- Jangan gunakan internet untuk menyakiti seseorang